Skip to content / 跳到正文 / Terus ke kandungan

EST8 @ Seputeh · untuk pemilik

Dah dapat kunci EST8? Rancang cara sewa dulu, baru pilih perabot.

Kami sudah bantu seorang pemilik EST8 ambil kunci. Masih atur handover, atau dah mula tengok perabot? Kongsi pelan dan keadaan unit dulu, kemudian kita bincang persediaan serta cara sewa yang sesuai.

Mula dengan pelan unit. Tak perlu bayar atau hantar SPA/IC untuk perbincangan pertama.

Konsep reka bentuk dua bilik, bukan foto unit EST8 yang sudah siap oleh Neststay.
Konsep reka bentuk dua bilik, bukan foto unit EST8 yang sudah siap oleh Neststay.
Nampak dulu hasilnyaAda idea reka bentuk untuk dibincang, bukan gambar condo rawak.
Ikut pelan unit andaType 1, 1A dan unit lebih besar perlukan setup berbeza.
Skop jelas sebelum setujuBarang sedia ada daripada pemaju dan kerja furnishing baharu diasingkan.
Kit serahan pemaju EST8 Seputeh, difoto oleh Neststay semasa mengambil kunci bagi pihak pemilik.
Foto Neststay semasa mengambil kunci bagi pihak pemilik EST8. Kit serahan pemaju ditunjukkan.

Serahan kunci sebenar untuk pemilik EST8

Appointment ambil kunci kena hari kerja pula?

Foto ini kami ambil semasa mengambil kunci bagi pihak seorang pemilik EST8. Kadang-kadang, sebelum fikir pasal perabot, urusan pertama ialah siapa boleh pergi ambil kunci.

Anda di luar KL, atau tak dapat hadir? Kongsi tarikh dan syarat pemaju dulu. Kita semak surat kebenaran, masa yang team boleh hadir, skop kerja dan caj yang perlu dipersetujui. Lepas itu baru bincang perabot dan persediaan sewa ikut unit anda.

Bincang urusan kunci EST8 sayaDah ada kunci? Cari pelan unit saya

Arah reka bentuk · dua bilik

Bayangkan ruangnya sebelum beli perabot.

Warna hangat dan kayu gelap ini titik mula untuk ruang tamu serta dua bilik. Susun atur, kemasan dan senarai barang akhir perlu disemak ikut unit sebenar anda.

Ini gambar konsep, bukan foto unit EST8 yang sudah siap. Barang yang pemaju sudah sediakan tidak termasuk dalam sebut harga furnishing kami. Cadangan akhir akan asingkan item termasuk, tidak termasuk dan pilihan tambahan. Pemandangan luar dalam render hanya contoh, bukan jaminan view unit anda.

Suka gaya ini? Semak unit saya

Mula dengan unit anda

Cari pelan unit anda. Lepas itu baru bincang cara sewa.

Buka pelan di bawah jika mahu tengok susun atur. Jika dipilih, pautan pelan masuk sekali dalam pertanyaan. Tak pasti jenis pun boleh terus tanya.

  1. 01Lihat pelan jika perlu
  2. 02Kongsi keadaan unit
  3. 03Tekan Send di WhatsApp
Tak pasti? Tanya tanpa pilih pelan →

Pelan 1A

753 kaki persegi

2 bilik · 2 bilik air

Pilih sebagai rujukan sahaja. Team akan sahkan jenis dan susun atur sebenar unit anda.

Klik untuk lihat pelan penuhPelan rujukan 1A EST8 @ Seputeh, 753 kaki persegi
Semak pilihan sewa untuk pelan ini

Sumber maklumat projek: Eupe EST8 official project page. Semak pelan rujukan dengan dokumen unit anda; keluasan sama tidak semestinya susun aturnya sama. Tak perlu hantar SPA atau kad pengenalan untuk pertanyaan awal, dan tiada komitmen untuk menyertai.

Nak bincang dengan keluarga atau pemilik bersama?

Langkah seterusnya

Bukan setakat satu PDF harga.

Sebelum setuju dengan pakej furnishing, kita kena jelas tentang unit dan tujuan sewa yang sama.

01

Cara sewa yang boleh dipertimbangkan

Kami semak peraturan bangunan dan matlamat anda sebelum bincang short stay, sewa panjang atau cara lain.

02

Skop furnishing yang jelas

Apa yang unit sudah ada, apa yang perlu tambah dan item reka bentuk yang boleh dipilih.

03

Cara pengurusan berjalan

Apa yang Neststay urus, cara yuran dan laporan dibincang, serta persediaan sebelum mula.

Ada lebih daripada satu unit EST8?

Mula dengan satu pelan atau beritahu kami gabungan unit anda. Tak perlu ulang maklumat yang sama untuk setiap unit.

Mula dengan unit saya

Soalan pemilik

Soalan yang selalu ditanya.

Ini perkara asas sebelum berbincang. Butiran sebenar bergantung pada bangunan, unit dan tujuan anda.

Boleh bantu ambil kunci EST8 kalau saya di luar KL?

Kami pernah mengambil kunci bagi pihak pemilik EST8; foto di atas diambil semasa urusan itu. Kongsi tarikh appointment dan syarat pemaju supaya team boleh sahkan kebenaran, masa, skop serta caj dahulu. Ambil kunci, pemeriksaan defect dan persediaan sewa ialah kerja berbeza; kita setuju dulu bahagian yang anda perlukan.

Ini pakej furnishing EST8 dengan harga tetap?

Bukan. Gambar menunjukkan satu arah reka bentuk untuk unit dua bilik. Skop, senarai barang dan sebut harga akhir ikut pelan dan barang sedia ada. Tiada harga pakej dipaparkan di sini.

Unit EST8 boleh buat Airbnb atau short stay?

Ia bergantung pada peraturan pengurusan bangunan semasa dan kesesuaian unit. Kami akan semak pilihan sewaan yang dibenarkan dahulu; halaman ini tak menjamin kelulusan short stay atau pendapatan.

Kalau saya tak pasti pelan unit saya?

Pilih pelan rujukan paling hampir atau guna pautan “tak pasti” di bawah pelan. Pelan unit sendiri boleh dihantar kemudian. Keluasan sama tak semestinya susun atur sama.

Apa berlaku selepas saya isi pertanyaan?

Borang menyediakan mesej WhatsApp yang boleh diubah, bersama nama projek dan pelan pilihan. Team hanya terima selepas anda tekan Send di WhatsApp. Tak perlu hantar dokumen hak milik untuk perbincangan awal.

Maklumat projek dan pelan rujukan EST8 perlu disemak dengan bahan pemaju. Imej furnishing ialah konsep; foto mengambil kunci ialah foto kerja sebenar Neststay. Peraturan bangunan, cara sewa, skop dan harga perlu disahkan ikut unit anda. Eupe EST8

Halaman dikemas kini:

Semak unit saya WhatsApp