Siapa urus unit anda?
Pengurusan bangunan menjaga kemudahan bersama. Team pengurusan sewaan pula urus unit, tetamu atau penyewa anda. Pastikan servis yang ditanya memang untuk keperluan anda.
Pengurusan hartanah Malaysia · Pemilik di luar negara
Neststay ialah team pengurusan sewaan hartanah di Malaysia untuk pemilik tempatan dan yang tinggal di luar negara. Kami urus short stay, sewa jangka panjang dan urusan harian unit. Kongsi maklumat rumah anda, kemudian kita bincang persediaan dan cara sewa yang sesuai.

Lihat foto unit, contoh urusan handover atau maklumat ruang yang berkaitan, kemudian bincang aturan dari luar negara.
Pengurusan bangunan menjaga kemudahan bersama. Team pengurusan sewaan pula urus unit, tetamu atau penyewa anda. Pastikan servis yang ditanya memang untuk keperluan anda.
Semak apa yang boleh dikekalkan, booking sedia ada, kunci dan masa handover. Tukar team tak semestinya kena beli set perabot baharu.
Bincang caj, cara kelulusan, laporan dan masa untuk dihubungi. Bila tinggal jauh, anda perlukan aturan yang jelas supaya hal kecil pun tak mengganggu tengah malam.
Nak lihat unit yang kami urus? Lihat foto sebenar Lucentia
Maklumat syarikat & servisKongsi nama projek, keluasan, susun atur dan tarikh serahan yang dijangka. Rancangan sewa awal membantu elakkan pembelian perabot yang perlu ditukar. Skop urusan ambil kunci, pemeriksaan defect dan susulan perlu dipersetujui terlebih dahulu, dengan kebenaran anda dan mengikut prosedur pemaju.
Short stay bergantung pada permintaan tetamu dan peraturan bangunan. Sewa jangka panjang bergantung pada permintaan penyewa dan syarat sewaan. Co-living perlukan susun atur serta rancangan operasi yang sesuai. Kami semak keadaan unit sebelum membandingkan peluang hasil, kekosongan dan kos operasi.
Ruang yang nampak menarik tetap perlukan perabot tahan lama, tempat tidur yang selesa dan rutin cleaning yang praktikal. Persetujui senarai barang, bayaran, akses, pemeriksaan dan kelulusan perbelanjaan sebelum kerja bermula.
Sebelum tandatangan, bincang jenis laporan, jadual pembayaran, cara meluluskan pembaikan dan siapa yang akan menjawab pertanyaan anda. Beritahu team zon waktu serta masa yang sesuai untuk menghubungi anda. Skop servis dan aturan bayaran ke luar negara perlu disahkan untuk unit anda.
Untuk semakan awal, kongsi nama bangunan, keluasan, bilangan bilik, keadaan perabot dan status serahan kunci. Anda juga boleh beritahu team negara tempat tinggal dan masa yang sesuai untuk dihubungi. Jika anda meneruskan permohonan rasmi, team akan terangkan dokumen yang diperlukan melalui saluran yang sesuai.
Bincang pilihan sewa unit sayaAda unit di bangunan lain? Hubungi team untuk semak kesesuaian dan liputan servis.
Halaman dikemas kini: