Skip to content / 跳到正文 / Terus ke kandungan

Damansara Jaya · Petaling Jaya · Untuk pemilik · Pengurusan sewaan

Ada unit The Mate? Ruang kecil pun kena ada plan sewa yang betul.

Studio dan unit dua bilik tak perlukan setup yang sama. Beritahu kami keadaan perabot dan sewaan sekarang, kemudian bincang persediaan dan urusan harian yang anda nak team bantu.

Tak perlu pelan lantai untuk mula. Kongsi butiran unit yang anda tahu.

The Mate, Damansara Jaya visual projek pemaju
The Mate, Damansara Jaya. Visual projek pemaju, bukan foto kerja dalaman Neststay.

The Mate, Damansara Jaya

Apa yang boleh kekal, dan apa yang mahu diserahkan?

Untuk unit kecil, saiz perabot dan ruang bergerak memang penting. Tengok apa yang masih berguna sebelum bincang perubahan. Kalau unit sudah disewa atau diurus pihak lain, mula dengan aturan sekarang, tempoh notis dan kerja yang mengambil masa anda.

Bila team bantu urusan harian yang dipersetujui, ada lebih masa untuk diri sendiri selepas kerja dan pada hari cuti. Kita boleh bincang sewaan jangka panjang, atau short stay jika peraturan bangunan semasa membenarkannya. Bayaran dan tanggungjawab perlu dipersetujui ikut unit anda; keputusan penting masih pada anda.

Pelan untuk rujukan jika perlu

Pelan rujukan The Mate.

Buka pelan di bawah jika mahu tengok susun atur. Jika dipilih, pautan pelan masuk sekali dalam pertanyaan. Tak pasti jenis pun boleh terus tanya.

Sesetengah jenis yang diterbitkan ditunjukkan sebagai julat keluasan. Pilih jenis yang paling hampir atau “Tidak pasti”; pelan yang tepat boleh dikongsi kemudian.

Tak pasti? Tanya tanpa pilih pelan →

Pelan Studio · A1–A3

270–273 kaki persegi

Studio · rujuk pelan

Julat yang diterbitkan ialah 270–273 kaki persegi. Pilih rujukan paling hampir; jenis sebenar boleh disahkan dengan pelan unit anda kemudian.

Klik untuk lihat pelan penuhPelan rujukan Studio · A1–A3 The Mate, Damansara Jaya, 270 kaki persegi
Tanya dengan rujukan pelan ini

Pelan Studio dengan pintu gelangsar · B/C

307–338 kaki persegi

Studio · rujuk pelan

Julat yang diterbitkan ialah 307–338 kaki persegi. Pilih rujukan paling hampir; jenis sebenar boleh disahkan dengan pelan unit anda kemudian.

Klik untuk lihat pelan penuhPelan rujukan Studio dengan pintu gelangsar · B/C The Mate, Damansara Jaya, 307 kaki persegi
Tanya dengan rujukan pelan ini

Pelan 2 bilik · E1/E3/F1/F3–F6

638–675 kaki persegi

2 bilik · 2 bilik air

Julat ini merangkumi beberapa jenis dua bilik. Pilih rujukan paling hampir; kod jenis sebenar boleh disahkan dengan pelan unit anda kemudian.

Klik untuk lihat pelan penuhPelan rujukan 2 bilik · E1/E3/F1/F3–F6 The Mate, Damansara Jaya, 638 kaki persegi
Tanya dengan rujukan pelan ini

Sumber maklumat projek: OCR Group The Mate project page. Semak pelan rujukan dengan dokumen unit anda; keluasan sama tidak semestinya susun aturnya sama. Tak perlu hantar SPA atau kad pengenalan untuk pertanyaan awal, dan tiada komitmen untuk menyertai.

Nak bincang dengan keluarga atau pemilik bersama?

Soalan pemilik

Soalan yang selalu ditanya.

Ini perkara asas sebelum berbincang. Butiran sebenar bergantung pada bangunan, unit dan tujuan anda.

Macam mana nak susun perabot untuk unit kecil di The Mate?

Tengok saiz perabot, ruang berjalan dan tempat simpan barang dahulu. Bila katil atau sofa sudah diletakkan, pintu masih perlu boleh dibuka dan bilik selesa digunakan. Beberapa gambar dan anggaran keluasan cukup untuk perbincangan awal. Keadaan serta ruang sebenar perlu diperiksa sebelum kita setuju apa yang dikekalkan, dialihkan atau dibeli.

Boleh bincang unit The Mate kalau masih ada penyewa atau pengurus?

Boleh. Ceritakan cara unit disewa dan diurus sekarang, termasuk tempoh notis yang berkaitan. Kita boleh bincang bantuan yang anda perlukan dengan mengambil kira aturan itu. Jika handover sesuai, masa, kunci, rekod dan siapa yang berhubung dengan penyewa atau pengurus sekarang perlu dipersetujui sebelum sebarang perubahan.

Boleh dapat bantuan supaya tak setiap malam kena urus unit?

Beritahu kerja yang selalu mengambil masa anda, seperti membalas mesej harian, mengatur akses untuk penyelenggaraan atau membuat susulan kerja. Kita boleh bincang apa yang team boleh bantu selaraskan dan cara anda menerima perkembangan. Keputusan penting dan kelulusan kos yang dicadangkan masih pada anda; tanggungjawab kedua-dua pihak perlu dipersetujui dahulu.

Kalau saya cuma tahu anggaran keluasan?

Pilih keluasan paling hampir atau pilih “Tidak pasti” dalam borang. Keluasan tepat dan pelan unit boleh dikongsi kemudian melalui WhatsApp.

Adakah memilih pelan bermakna unit sesuai untuk short stay?

Tidak. Peraturan bangunan, keadaan unit dan skop pengurusan perlu disemak secara berasingan.

Apa yang boleh dibincangkan selepas saya pilih pelan?

Pilihan itu membantu team kenal pasti jenis unit anda. Anda boleh bincang sama ada unit kosong atau sedang disewa, keadaan pengurusan sekarang dan perkara yang perlu disemak. Draf WhatsApp menyertakan pautan pelan rujukan dan butiran pilihan anda; semak dan hantar sendiri.

Perlu ada pelan lantai sebelum bertanya?

Tak perlu. Anggaran keluasan, bilik, perabot dan status sewaan sudah cukup untuk mula. Pelan rujukan boleh ditambah kemudian. Borang menyediakan draf WhatsApp untuk anda semak; team hanya menerima pertanyaan selepas anda tekan Send di WhatsApp.

Halaman dikemas kini:

Semak unit saya WhatsApp