Skip to content / 跳到正文 / Terus ke kandungan

Seri Kembangan · Selangor · Semakan pemilik

Ada unit LUX di Meta City? Bincang langkah seterusnya.

Unit kosong, sudah berperabot atau sedang disewa? Mula dengan keadaan sekarang. Kita tengok apa yang boleh kekal, apa yang perlu diberi perhatian dan urusan harian yang anda mahu team bantu.

Tak perlu pelan lantai untuk mula. Kongsi butiran unit yang anda tahu.

Meta City LUX visual projek pemaju
Meta City LUX. Visual projek pemaju, bukan foto kerja dalaman Neststay.

Meta City LUX Soho & LUX Service Residence

Apa yang boleh kekal, dan apa yang mahu diserahkan?

Beritahu dulu sama ada unit anda di LUX Soho atau LUX Service Residence. Pelannya berbeza, jadi kita tengok bilik dan perabot sebenar sebelum bincang persediaan. Kalau sudah ada penyewa atau pengurus, kongsi aturan sekarang dan tempoh notis untuk bincang kemungkinan handover yang sesuai.

Bila team bantu urusan harian yang dipersetujui, ada lebih masa untuk diri sendiri selepas kerja dan pada hari cuti. Kita boleh bincang sewaan jangka panjang, atau short stay jika peraturan bangunan semasa membenarkannya. Bayaran dan tanggungjawab perlu dipersetujui ikut unit anda; keputusan penting masih pada anda.

Pelan untuk rujukan jika perlu

Pelan rujukan Meta City LUX.

Buka pelan di bawah jika mahu tengok susun atur. Jika dipilih, pautan pelan masuk sekali dalam pertanyaan. Tak pasti jenis pun boleh terus tanya.

Pilihan di sini ialah pelan rujukan LUX Soho dan LUX Service Residence. Meta BLIZ tidak disenaraikan sebagai pilihan short stay. Pilih pelan tidak bermakna short stay sudah diluluskan; peraturan bangunan semasa tetap perlu disahkan.

Pelan LUX Service Residence · Jenis B

659 kaki persegi

pelan 2+1 · 2 bilik air

Pelan menanda ruang tambahan sebagai “store / bedroom”. Sahkan jenis sebenar dengan pelan unit anda.

Klik untuk lihat pelan penuhPelan rujukan LUX Service Residence · Jenis B Meta City LUX Soho & LUX Service Residence, Seri Kembangan, 659 kaki persegi
Tanya dengan rujukan pelan ini

Sumber maklumat projek: Meta City project details (PropertyGuru). Semak pelan rujukan dengan dokumen unit anda; keluasan sama tidak semestinya susun aturnya sama. Tak perlu hantar SPA atau kad pengenalan untuk pertanyaan awal, dan tiada komitmen untuk menyertai.

Nak bincang dengan keluarga atau pemilik bersama?

Soalan pemilik

Soalan yang selalu ditanya.

Ini perkara asas sebelum berbincang. Butiran sebenar bergantung pada bangunan, unit dan tujuan anda.

Pelan Meta City mana yang boleh saya pilih?

Halaman ini menyenaraikan LUX Soho Type A serta LUX Service Residence Type B dan C. Meta BLIZ tidak disenaraikan sebagai pilihan short stay. Team akan semak unit sebenar dan peraturan bangunan semasa.

Kalau pilih pelan, maksudnya unit boleh buat short stay?

Tidak semestinya. Pelan hanya membantu team kenal pasti unit. Kesesuaian short stay bergantung pada peraturan bangunan semasa dan keadaan unit sebenar.

Apa jadi selepas saya pilih pelan?

Borang menyediakan draf WhatsApp dengan pautan pelan dan maklumat unit. Anda boleh semak serta ubah dahulu sebelum tekan Send.

Perlu ada pelan lantai sebelum bertanya?

Tak perlu. Anggaran keluasan, bilik, perabot dan status sewaan sudah cukup untuk mula. Pelan rujukan boleh ditambah kemudian. Borang menyediakan draf WhatsApp untuk anda semak; team hanya menerima pertanyaan selepas anda tekan Send di WhatsApp.

Halaman dikemas kini:

Semak unit saya WhatsApp