Skip to content / 跳到正文 / Terus ke kandungan

Neststay · Pengurusan hartanah sewa di Malaysia

Rumah untuk pelaburan.Hujung minggu untuk anda.

Satu condo atau beberapa unit yang diterima sebagai bayaran kerja (contra)? Kita bincang cara nak sewakan dan uruskan, supaya setiap hal penyewa atau repair tak semuanya jatuh pada anda.

Kongsi bangunan dan bilangan unit dulu. Tak perlu dokumen untuk mula bertanya.

Ruang tamu dan pemandangan Kuala Lumpur dari unit Lucentia Residence yang diurus Neststay
Unit sebenar di Lucentia Residence yang diurus Neststay.
Dari persediaan sewa hingga urusan harian

Tengok dulu apa yang unit anda sudah ada.

Kita bincang pilihan sewa, perabot yang boleh digunakan dan kerja yang perlu dibuat sebelum anda buat keputusan.

Untuk pemilik hartanah

Anda nak uruskan yang mana?

Pilih keadaan yang paling dekat dengan unit anda. Kita mula dengan maklumat yang sudah ada, tak perlu semua dokumen dulu.

Tinggal di luar Malaysia? Boleh mula berbincang secara online. Lihat caranya

Sebelum beli perabot

Unit dah ada perabot? Tengok apa yang boleh pakai dulu.

Tak semestinya kena tukar satu rumah. Kongsi pelan dan gambar keadaan sekarang. Kita boleh bincang apa yang boleh kekal dan apa perlu dibuat dulu.

01

Barang yang sudah ada

Semak kelengkapan pemaju dan perabot sedia ada sebelum tambah senarai shopping.

02

Cara nak sewakan

Short stay, sewa satu unit dan ikut bilik perlukan setup yang berbeza.

03

Kerja yang nak team bantu

Kunci, mesej tetamu, cleaning atau repair? Cerita apa yang paling makan masa anda.

Bilik tidur dan pemandangan Kuala Lumpur di unit sebenar Lucentia Residence yang diurus Neststay
Lucentia Residence, BBCC · unit sebenar yang diurus NeststayLihat foto unit sebenar

Tentukan cara sewa sebelum beli perabot

Dah ada penyewa, atau baru dapat kunci? Beritahu kami nama bangunan dan keadaan unit sekarang. Kita tengok siapa yang mungkin menyewa, cara sewa mana yang patut dipertimbangkan dan kerja harian mana yang team kami boleh urus.

Lihat skop servis →

Dah ada unit? Tak perlu tunggu projek baru.

Unit kosong, sudah ada penyewa atau sedang diduduki sendiri pun boleh dibincangkan. Beritahu team cara unit diurus sekarang dan apa yang anda nak ubah.

Lihat pilihan untuk pemilik sedia ada →

Ada banyak unit atau pelaburan pukal?

Kongsi nama bangunan, jumlah unit dan campuran jenis pelan. Team boleh fahamkan keseluruhan portfolio dalam satu perbualan.

Bincang beberapa unit sekali →

Pemilik di luar negara pun boleh mula dari sini.

Tak perlu balik ke Malaysia untuk mula bertanya. Bincang urusan kunci, pemeriksaan unit, perabot dan pengurusan ikut skop yang dipersetujui.

Lihat cara untuk pemilik di luar negara →

Belum pasti nak pilih yang mana?

Mula dengan lokasi, keluasan, bilangan bilik dan keadaan perabot. Tak perlu hantar kad pengenalan atau perjanjian jual beli untuk pertanyaan awal.

Kongsi maklumat unit saya →